Ahad, 10 April 2016

BUNNER




KELEBIHAN BURNER:
• Mengeluarkan haruman yang menyegarkan
• Mewangikan rumah dan bilik anda
• Membantu menghapuskan bau di dalam rumah dan bilik
• Boleh dijadikan sebagai lampu tidur
• Menyerikan suasana rumah mahupun pejabat dengan lampu yang berwarna-warni
• MENJIMATKAN kos
• Mudah diselenggara
• Selamat digunakan


ELEKTRIK AROMA BURNER (RED)
RM 135.00



ELEKTRIK AROMA BURNER (BLUE)
RM 135.00





ELEKTRIK AROMA BURNER (EUROPE)
RM 135.00
 

 
 
 
 
ELEKTRIK AROMA BURNER (ICE)
RM 135.00
 
 
 



 
ELEKTRIK AROMA BURNER
RM 95.00


 
ELEKTRIK AROMA BURNER
RM 95.00


ELEKTRIK AROMA BURNER
RM 95.00



ELEKTRIK AROMA BURNER
RM 95.00

 
 
 
 

 


DIFUSSER

ADAKAH RUMAH ATAU PEJABAT ANDA MENGHADAPI MASALAH-MASALAH BERIKUT?
• Bau kurang menyenangkan
• Serangga yang mengganggu
• Dipenuhi asap rokok
• Udara yang tidak bersih
• Habuk
• Panas


DAN ADAKAH DIRI ANDA MENGHADAPI MASALAH-MASALAH SEPERTI BERIKUT?
• Tekanan di rumah dan tempat kerja
• Sering selsema, batuk dan demam
• Kulit gatal-gatal, kering dan kasar
• Sakit kepala dan migraine

Diffuser penyelesaiannya.

KEBAIKAN DIFFUSER
1. Meningkatkan kualiti udara.
2. Mengelakkan tekanan.
3. Melembabkan kulit dan merawat kulit bermasalah
4. Memerangkap bakteria dan haba di udara.
5. Mengurangkan masalah habuk di dalam kediaman, pejabat, salon, butik kecantikan.
6. Menjimatkan kos
7. Mudah diselenggara (Air dan Wangian)
8. Selamat digunakan.

 




5 LITER UTRA SOUND DIFUSSER
RM 200.00



6 LITER AROMA HUMIDIFIER
RM158.00



4 LITER AROMA DIFUSSER
RM158.00



 
4 LITER AROMA HUMIDIFIER
RM168.00


4 LITER AROMA DIFUSSER
RM148.00
 




2.5 LITER AROMA HUMIDIFIER
RM118.00



2.5 LITER AROMA HUMIDIFIER
RM118.00



USB AROMA DIFFUSER
RM118.00


USB AROMA DIFFUSER BOOTLE
RM78.00


USB AROMA DIFFUSER MINI MUSHROOM
RM78.00






BERMINAT CALL@ WHATSAPP 0188748545
EMAIL wesyahperfume@gmail.com


 

 

Ahad, 3 April 2016

Haruman Menyerlah Keanggunan

Wesyah d' Perfume


Eau De Parfume (EDP)
Kandungan:35 ml
Inspirasi wangian antarabangsa (Top Perfume)
Harga yang amat berpatutan
Berminat call@whatsapp 018-8748545
Email :wesyahperfume@gmail.com



SENARAI WANGIAN WANITA


SENARAI WANGIAN LELAKI

Ahad, 13 Mac 2016

PENGENALAN TERHADAP WANGIAN

PERFUME

                                                                        Gambar Hiasan

Parfum sudah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu- kata "parfum berasal dari bahasa Latin per fume bermaksud "melalui asap". Salah satu kegunaan perfume tertua berupa bentuk pembakaran dupa dan herbal aromatik yang digunakan dalam pelayanan keagamaan ,seringkali untuk aromatik gums,kemenyan dan mur, dikumpulkan dari pohon. Mesir adalah yang pertama memasukan parfum ke dalam budaya mereka diikuti oleh Cina kuno, Hindu, Israel,Carthaginians,Arab,Yunani dan Romawi. Penggunaan awal dari botol parfum adalah di Mesir sekitar 1000 SM. Mesir memperkenalkan gelas atau botol parfum adalah salah satu penggunaan umum pertama untuk kaca.

Parfume terbahagi kepada beberapa jenis

Ringkasan

Minyak parfum perlu dicampurkan dengan pelarut kerana minyak esensial/murni mengandungi konsentrat tinggi dari komponen volatil yang mungkin akan mengakibatkan pelbagai reaksi alergi dan kemungkinan cedera ketika menggunakan secara terus pada permukaan kulit atau pakaian.Pelarut juga menguapkan minyak esensial dan membantu menyabaran ke udara.

Setakat ini pelarut yang sering dugunakan untuk campuran minyak parfum adalah etanol dan campuran etanal dan  air. Minyak parfum juga dapat dicampurkan dengan cara menetralkan bau lemak menggunakan jojoba,minyak kelapa difraksinasi atau lilin.


Gambar Hiasan

Ekstrak parfum: 20%-40% senyawa aromatik

Dari semua wangian jenis ini adalah yanga paling bertahan lama sehingga 6-12 jam.Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol.Tidak perlu terlalu banyak memakainya jenis wangian ini kerana wanginya sudah boleh tercium pada jarak yang jauh.

Eau De Parfume (EDP): 10%-30%  senyawa aromatic

Wangian ini cukup tahan lama hingga 6-8 jam. Jenis wangian ini memiliki kadar alkohol sedikit sementara kadar pewanginya sekita 15 hingga 22 peratus.Oleh sebab itu, bau wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan dimalam hari, dan menghadiri majlis.

Eau De Toilette (EDT): 5%-20% senyawa aromatic

Wangian ini satu tahap lebih tinggi dari cologne @ body mist. Kdar alkoholnya juga tinngi, walaupun tidak setinggi cologne, kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Kesegaran yang boleh bertahan 3-4 jam merupakan wangian yang ideal,kerana aromanya ringan dan tidak terlalu tajam, sesuai untuk semua keadaan.

Eau De Cologne (EDC): 2%-5% senyawa aromatic

Merupakan wangian yang paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya yang paling tinggi dan terdapat sekitar 5 peratus sahaja campuran pewangi.Jenis ini wangian cepat hilang dan sesuai digunak selepas mandi untuk mendapatkan kesegaran.

TITIK SEMBURAN PARFUM 

1. Bahagian rambut
2. Belakang telinga
3. Pangkal leher
4. Siku @ pelipat tangan
5. Pergelangan tangan
6. Belakang lutut

DISYORKAN bagi pengguna parfume untuk menggunakan pelembat kulit(tanpa bauan) kerana parfum bertindak lebih tahan lama diatas permukaan kulit yang lembab.





HUKUM PERFUME BERALKOHOL
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk


Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol ketika solat adalah HARUS, seperti yang telah difatwakan oleh Jabatan Agama dan Ulama-ulama dalam negeri serta ulama luar negara.
Maka, memakai minyak wangi beralkohol adalah harus hukumnya dan memakai pati minyak wangi adalah sunat hukumnya untuk kaum lelaki. Pakailah pati 100% pati minyak wangi. Wanita dan Wangian: Apa Hukumnya. Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Harus Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah) Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya. Sunat Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita. Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, "Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi) Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata, "Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) Makruh Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak. Haram "Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi) Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah) Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi) Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi) Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.